SYARAT PENYERTAAN


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI


  • Setiap pasukan wajib mendaftar dan mengisi borang penyertaan secara dalam talian yang disediakan dalam portal pertandingan.

  • Pasukan:

    • Terdiri daripada 3 murid dan 1 guru pembimbing (guru tidak dibenarkan untuk membentangkan hasil inovasi). Satu sekolah tidak terhad kepada satu pasukan sahaja dan setiap pasukan perlu diberikan nama pasukan dalam borang penyertaan

  • Sub-tema:

    • Pengaturcaraan,

    • Robotik,

    • Aplikasi Mudah Alih,

    • Aplikasi Web, Bahan Bantu Belajar (contoh : Animasi),

    • Permainan,

    • Gamifikasi,

    • Pembelajaran Berasaskan Permainan,

    • Pemikiran Komputasional dan

    • Keselamatan Siber

  • Setiap pasukan perlu memilih satu sub-tema bagi inovasi yang dihasilkan.


Kategori

  • Tahap 1 Sekolah Rendah

  • Tahap 2 Sekolah Rendah

  • Menengah Rendah

  • Menengah Atas

  • Anugerah Khas Pendidikan Khas Sekolah Rendah

  • Anugerah Khas Pendidikan Khas Sekolah Menengah


Video

  • Video persembahan yang menerangkan hasil inovasi perlulah mengandungi

    • Tajuk inovasi

    • Nama pasukan

    • Nama ahli pasukan

    • Pengenalan kepada inovasi

    • Objektif inovasi

    • Ringkasan kepada inovasi

    • Hasil inovasi

    • Potensi inovasi

    • Keberkesanan inovasi

    • Screenshot inovasi ( 5 gambar sahaja)


  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2022 15 September 2022. Penyertaan selepas tarikh tersebut akan ditolak.

  • Keaslian inovasi yang dihasilkan adalah tanggungjawab peserta dan tidak menciplak mana-mana hak cipta inovasi orang lain.

  • Pertandingan akan diadili oleh juri yang dipilih oleh JK TEKNOVASI 2022. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

  • Sebarang perubahan kepada syarat pertandingan adalah tertakluk kepada penganjur.