OBJEKTIF


Objektif Pertandingan

  1. Mempertingkat kemahiran digital dan inovasi dalam kalangan murid

  2. Mempertingkat kemahiran merancang murid dalam membuat bahan inovasi

  3. Mempertingkat kreativiti murid dalam membangunkan bahan inovasi.


Hasil Pertandingan

  1. Melahirkan murid yang Kreatif dan Inovatif dengan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Pendidikan Digital

  2. Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menyokong pelaksanaan PPPM 2013 – 2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  3. Murid dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif sekaligus menyokong kemahiran berfikir dalam Aspirasi Murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.